This is so funny honestly. Hui Fang sent it to me and i thought i ought to share it with you people. LOL
An article by a Malaysian muslim on the recent ban by the Fatwa council on yoga
Subject: Fatwa-fatwa yang akan datang - Please read
> Makin hari umat Islam makin ditindas dan dikongkong. Bukan oleh orang Cina, atau orang India atau orang Yahudi atau orang Kristian. Tetapi dianiya dan dikongkong oleh orang Islam/Melayu sendiri. Please read on.
> Selepas fatwa pengharaman yoga, fatwa-fatwa yang akan datang adalah seperti berikut :
>
> Disember 2008
> Orang Islam dilarang mandi di kolam renang awam. Di kolam
> renang awam, akan terdapat orang-orang yang bukan Islam yang
> memakai pakaian renang yang singkat dan mendedahkan aurat
> (terutamanya amoi-amoi china yang cun dan seksi). Ini boleh
> menjejaskan akidah orang Islam. Cara yang paling baik ialah
> kita haramkan orang Islam dari kolam renang awam.
>
> Januari 2009
> Orang Islam dilarang pergi ke Pulau Pinang. Ketua Menteri
> Pulau Pinang adalah seorang yang bukan Islam and majoriti
> penduduk Pulau Pinang adalah orang yang bukan Islam. Apabila
> seorang Islam berada di Pulau Pinang , beliau mungkin
> terhidu bau char keoy tiaw yang dimasak oleh orang bukan
> Islam dan ini boleh merosakkan akidah kita. Cara yang paling
> baik ialah kita haramkan orang Islam dari pergi ke Pulau
> Pinang. Orang Islam yang kini tinggal di Pulau Pinang akan
> diberi elaun pindah sebanyak RM 3000 untuk membantu mereka
> berpindah ke negeri-negeri yang lain. Perpindahan ke negeri
> Kelantan dan Terengganu amat amat digalakkan.
>
> Februari 2009
> Orang Islam dilarang meminum root beer. Walaupun root beer
> tidak mengandungi alkohol, namun perkataan "beer"
> ini boleh menimbulkan keghairan dan kelakuan tidak senonoh
> di kalangan orang Islam. Dengan pengharaman root beer, orang
> Islam bolehlah meminum minuman ringan yang lain tanpa
> was-was. Ginger beer juga diharamkan.
>
> March 2009
> Orang Islam dilarang memakan di kedai Mamak. Walaupun mamak
> kebanyakkannya Islam, tetapi asal usul mereka adalah India
> dan ada kemungkinan terdapat unsur-unsur India di dalam
> perniagaan mereka seperti bercakap Tamil dan memakai seluar
> dalam buatan India . Untuk mengelakkan sebarang syak
> wasangka, mulai 1 Mac 2009, orang Islam dilarang dari
> memakan di kedai mamak (kecuali Tun Mahatir kerana dia
> sendiri mamak kelas I)
>
> April 2009
> Orang Islam dilarang bermain ping pong atau table tennis.
> Ping pong berasal dari negeri China dan oleh yang demikian,
> mungkin terdapat unsur-unsur agama Buddha atau Confuciusism
> di dalam permainan ping pong. Ornag Islam yang terlalu
> banyak bermain ping pong akan terjejas akidah mereka.
> Sebagai permainan alternatif, orang Islam digalakkan bermain
> sepak raga (tetapi bola raga mesti buatan Malaysia , bukan
> dari Thailand ).
>
> Mei 2009
> Orang Islam yang berkerja dengan kerajaan dilarang
> mengambil gaji masing-masing. Ini kerana sebahagian besar
> pendapatan kerajaan adalah cukai pendapatan yang dibayar
> oleh syarikat-syarikat orang bukan Islam. Orang Islam
> digalakkan meminta sedekah dari orang Islam yang lain. Untuk
> memudahkan permintaan sedekah, bakal peminta sedekah
> digalakkan mencangkung di hadapan bangunan UMNO..
>
> Jun 2009
> Orang Islam dilarang keluar negara. Terdapat terlalu banyak
> godaan yang boleh meruntuhkan akhlak dan akidah orang Islam.
> Perkara ini telahpun dikaji dengan teliti hasil lawatan
> sambil belajar ke Bangkok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
> baru-baru ini. Oleh yang demikian, orang orang Islam diminta
> menyerahkan balik paspot masing-masing ke jabatan immigresen
> secepat mungkin. Perjalanan keluar negara hanya dibenarkan
> untuk menteri-menteri dan orang kuat UMNO sahaja, itupun
> hanya jika diiringi oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
>
> Julai 2009
> Orang Islam dilarang berfikir di waktu siang. Kebanyakkan
> masalah jenayah dan maksiat wujud kerana orang-orang yang
> tak ada kerja berfikir yang bukan-bukan. Untuk membenteras
> maslah jeneyah dan maksiat, orang-orang Islam mulai 1 Julai
> 2009, dilarang dari menggunakan otak mereka diwaktu siang.
> Pemikiran mereka akan dipantau oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
> dengan menggunakan sekumpulan specially trained monkeys.
> Orang Islam boleh menggunakan otak mereka di waktu malam
> tetapi pemikiran dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan
> dengan makan dan minum sahaja.
No comments:
Post a Comment